Pelajar di Malaysia memperkenalkan Falun Gong di luar Stadium Nasional Bukit Jalil (Foto)

Oleh seorang pelajar Falun Gong di Malaysia

(Falundafa.org.my)

Sebuah syarikat besar mengadakan pertemuan nasional tahunan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia, pada malam 15 November 2009. Lebih daripada 10,000 orang dari Malaysia dan negara-negara jiran menghadiri acara tersebut. Orang yang bertanggungjawab atas stadium memberikan izin untuk pelajar Falun Gong untuk mendemonstrasikan latihan dan mengedarkan bahan-bahan maklumat di luar stadium. Banyak peserta di pertemuan tersebut mendapat kesempatan untuk mengetahui tentang Falun Gong malam itu.

Seorang pelajar yang mengedarkan bahan-bahan maklumat mengatakan bahawa banyak anak muda yang menghadiri mesyuarat dan sebahagian besar daripada mereka menunjukkan pengertian dan sokongan bagi Falun Gong. Banyak mengambil bahan-bahan maklumat, berharap untuk mengetahui lebih banyak. Sesetengah orang menunjukkan minat untuk mempelajari latihan dan mengatakan mereka akan melayari laman web. Ada di kalangan mereka telah mengetahui mengenai penindasan terhadap Falun Gong yang berlaku di China. Mereka mengatakan Falun Gong adalah sebuah latihan membaiki diri yang mengajar orang untuk menjadi baik, dan setiap orang harus mempunyai kebebasan kepercayaan.

 

Pelajar mendemonstrasikan latihan di luar stadium

Orang ramai mendengar dengan teliti semasa seorang pelajar menjelaskan fakta tentang Falun Gong

Versi Cina boleh diperolehi di http://www.minghui.ca/mh/articles/2009/11/18/212854p.html
Versi Inggeris boleh diperolehi di http://clearwisdom.net/html/articles/2009/11/21/112513p.html